Matematik Dalam Kehidupan
(Baca cerita di bawah dan kenal pasti kegunaan nombor dalam kehidupan seharian. Yang mana satukah nombor nominal, ordinal dan cardinal? ( Di pelajari dalam MT 3101 dan MT 3109 di IPG)
Pesawat MAS yang saya naiki menuju ke bumi Turki dengan kelajuan 500 Km/ sejam. Mendarat jam 7.30 pagi di Lapangan Terbang Istanbul yang terletak di Garisan latitude 45 darjah di kutub utara bumi Allah. Udara yang nyaman sekitar 17 darjah celcius sungguh nyaman sekali.
Tempat pertama yang dilawati ialah Masjid Biru yang mempunyai banyak kubah berbentuk Geometri. Destinasi berikutnya ialah Istana Aya Sophia yang telah dibina pada abad ke 18, yang pernah menjadi gereja selama 500 tahun dan masjid selama lebih 300 tahun.
Selain itu kami shoping di Bazar. Nilai wang Turkiye ialah 1 Lira bersamaan dengan RM 2. Selain tu boleh guna wang Euro, 1 Euro lebih kurang RM 3. Kami shopping sikit je sebab kalau convert rasa rugi
Tempat lain yang menarik di lawati ialah pantai Canakalle, Troia, boat cruise dan banyak lagi.Cuba anggar berapakah ketinggian kuda kayu di atas? Jawapan yang tepat boleh dapatkan hadiah dari Puan…
Sampai sini dulu. Lain kali Puan cite pasal pi mekah dan madinah pulak. Nanti ada kuiz lagi. Kumpulkan kuiz-kuiz yang diberikan dan dapatkan hadiah terkumpul….